Thursday, April 21, 2011
Lady Bell: Terluka lagi
Terluka lagi
Sekian lama tak menjejak kaki ke hospital, yeah aku mengadap doktor semula disebabkan badan terlampau lemah dan pengsan di NZ, wangsamaju. Haish kenapa jadi begitu? Ya Allah, badan ini sakit Allah je yang tau sebabnya. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membiarkan tunangku pergi kepada teman wanita baru dia. Sedih bila mengenang diri dia akan pergi dari kehidupanku setelah 2 tahun kami bersama. Hati menangis merindui dia ketika ini. Kenapa ujian ini yang aku harus terima dari Allah? Aku terlalu menyayangi dia, kenapa Allah mencoretkan jodoh aku jadi begini? Dalam kesakitan yang aku alami, aku dapat satu mimpi yang amat indah sekali kala aku ketiduran di hospital... "Aku berada di puncak gunung yang diliputi salji dan sungguh indah ciptaan Allah tu, ketika itu aku memakai baju labuh dan tudung berwarna putih. Datang seorang umat lelaki mengata,' Awk akan berasa tenang di sini, sesungguhnya indah kan cipta Allah kepadamu. Aku mengiakan kata2 dr dia, namun wajah dia langsung aku tak leh nak tgk"
Sesedar dr ketiduran, aku bersyukur kepada Allah kerna memberi nyawaku semula. Mula lah ku berfikir panjang, mungkin antaraku dengan dia dah takde jodoh. Aku harus redha menerima segala2nya. Terima kasih tunangku kerna mengubahkan diri ku menjadi lebih baik sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu. Ini la cinta yang takkan luput dr hatiku sekiranya aku ada pengganti lain. Kau la yang terbaik yang pernah aku dapat dalam hidupku, akan aku simpankan kenangan antara kita bersama dan takkan ia padam dr hatiku. Disini aku hanya mampu berdoa semoga jodoh kau dengan dia berpanjangan walaupun diriku terluka lagi dengan apa yang terjadi... Walaupun pada masa yang sama aku masih mengharapkan kau kembali padaku.
Ya Allah, hadirkan orang yang baik untuk diriku sesungguh aku hanyalah insan yang kerdil. Semoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi padaku... Amin...
Tuesday, February 22, 2011
Shopaholic (I like it)

One in A Million
Pepagi begini lak melayan lagu tue membuat aku nak menari... Oh should be like that, life must enjoy coz we know life nie pendek, kita takkan tau apa yang berlaku esok or lusa... Nah sama2 enjoy lagu ini... Perasan tak gadis yang Neyo ingin usha tue, muka dia macam melly goeslaw kan??? Yeah dia memang cantik, dengan kulit dia yang tak cerah cam mat salleh... Hehehehehe...
The best i had dalam hidup nie ialah orang yang disekeliling ku... Hahahaha... Im grateful korang wujud dalam hidupku, lighting my life, make my life jadi cerah macam cahaya matahari... Daripada gelap macam gua yang terbiar... Skrg aku mampu senyum, gembira... Mungkin ini la hikmahnya yang aku mampu dpt dr Dia...
Nah aku sediakan lirik lagu NEYO untuk korang... Saja nak meriahkan blog aku...
Jetter
Gogetter
Nothing Better
Call me Mr. Been there done that
Top Model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But i've never met one like you
Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls i've been with
Thing i've seen it takes much to impress
But sure enough your glow it makes your stand out from all the rest, baby
Repeat:
I could be in love
But i just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do is working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but i don't see no one but you
Corus:
Girl, you're so one in a million
You are
Baby you're the best i ever had
Best i ever had
And i'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
You're not a regular girl
You don't give a damn about the loot
Talking about I can't do for you
But you can do for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing i'm with it
All we do is win baby
( Repeat... )
Diamond Girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine
Ooh all that i can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That mean that you're the only one for me
Only one for me
( Corus.. )
Bila layan lagu nie, ish jiwang jugak tp kalo ada lelaki yang seperti yang dimaksud oleh NEYO, aku yang paling bahagia... Hahahahahaha... Nak satu boleh??? Wish i have one cam tue... Hahahahaha... Oh God, hope my dream comes true... Happily ever after...
Monday, February 21, 2011
Perjalanan hidup Lady Bell

Merangkak ke negeri orang yang bukan tempat tinggal aku amat menyakitkan tambah2 lagi takde kawan yang boleh menemani aku... Berjauhan dr keluarga yang beribu-ribu batu membuat aku cuba belajar tabah... Bangun dan terduduk bukan satu masalah bagi aku, bila dah mampu bangun, ada je dugaan yang datang pada ku... Sakitnya Allah je yang tahu tp aku cuba sembunyikan semua itu disebalik senyuman...
Bertahun duduk di KL mengajar aku menjadi lebih matang dalam hubungan dan kehidupan... Semakin hari semakin kuat cabaran yang kena aku lalui... Kadang2 air mata mengalir tanpa disedari dan air mata juga mengajar aku menjadi kuat... Dan kini baru aku sedari bukan mudah nak layari kehidupan seperti mereka yang lebih berpengalaman...
Pengajaran dalam menyintai seseorang juga membuat ku jatuh dan naik semula... Kecewa, sedih, menangis, gembira, terluka semuanya dalam satu... Allah je yang tahu apa yang aku lalui... Sesiapa yang duduk di tempat ku mesti mengatakan aku ni gila, kenapa dan mengapa sanggup diperlakukan begitu oleh lelaki... Airmata jangan dikatakan lagi, setiap kali dugaan berlaku diantara kami, mesti airmata diperjudikan untuk sekian kalinya... Kekadang aku menyalahkan takdir kenapa aku tak mampu bahagia seperti orang lain, namun bila fikir balik, mungkin ada hikmahnya... Ya, sikit demi sikit aku nampak cahaya disebalik kegelapan... Kini aku percaya Allah ingin terbaik untukku... Kebahagiaan selalu diuji dengan dugaan dr Dia...
Perjalanan hidup ini masih panjang, aku sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan namun aku mengharapa cahaya itu sentiasa muncul dalam hidupku... Memberi sinar padaku, sekian lama aku mengharapkan cahaya yang muncul menyinarkan kehidupan ku yang gelap... :) Namun dalam diam, aku masih menanyakan diri aku, mampu kah aku mengharungi dugaan yang seterus nya??? Dalam hati aku, hanya termampu berserah pada Allah untuk mendapat petunjuk... Walaupun aku sedar kehidupan ini tak la semudah mana, namun aku cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku... Insya'allah...
Wednesday, January 19, 2011
Hannebelle Agie

Mengandung dia memberi seribu pengertian dan kenapa mama selalu bising bila sy suka melawan kata2 mama... Rupanya ada hikmah disebaliknya. Yeah memang ada. Orang ckp mengandung boleh menghilangkan bentuk badan, muka jadi gemuk, segala fizikal menjadi berubah. Syukur, dia memberiku seribu pengertian erti kesabaran untuk melalui dugaan dr Tuhan. Kandungan makin hari makin membesar, dia mula bergerak dan suka bersembunyi bila sy menyentuh dia. Betapa indah nya ketika itu dapat merasai anugerah Tuhan. Mungkin begini la mama mengandungkan sy dan adik2 sy. Dapat sy bayangkan muka mama ketika mengandungkan kami, mesti dia happy dapat melahirkan zuriat papa... Yeah, mama pernah bercakap dia tak pernah menyesali kahwin muda kerna ada kami yang nakal nie terutamanya sy yang memang jenis melawan dan degil.
9 bln membawa perut yang besar, badan naik dr berat 45kg menjadi 75kg... Oh mendadak naik sampai 30kg, 3 bln mengandung perut dah macam 5 bln, berat nya Tuhan je tau ketika tu!!! Lagi bersyukur kerna dia langsung tak memberi kerenah... Oh terima kasih anakku kerna mengerti keperitan mama mbawa kamu ketika itu. Bila sy menyanyi, dia menggerakkan diri dia dalam perut sy. Sungguh ajaib kan anugerah Tuhan. Bila sy susah hati, dia senyap je, mungkin dia amat mengerti mama dia tgh bersedih.
Dkt 9 bln, mama sy bawak sy pergi jupa bidan, bidan tue nenek sy. Hurm rasanya dia memang tak tahu sy mengandung ketika itu sbb sy agak susah nak kuar dr rumah, ketika tue Tuhan je tau kesakitan yang sy alami bila nenek tekan perut sy, ish rasa macam nak bersalin time tue juga padahal tarikh bersalin masih ada seminggu lagi. Oh nenekku, betapa sakitnya namun nenek bagitahu, untuk menyenangkan kamu bersalin nanti. Sy diam walaupun air mata dah mengalir. Malam, sy bermimpi pelik, muncul sorang lelaki tua sambil memanggil nama Hannebelle. Tbangun, tpikir, mana datangnya orang tua tersebut. Sampai ari nie, sy masih tertanya kemunculan orang tua tsebut dalam mimpiku.
Tiba tarikh nak bersalin, tanda memang dah ada, tp sy tak amik pusing sebab ingat sakit biasa. Ketika itu sibuk makan buah yang papa beli sambil layan bola (hah skrg anakku macam jantan, abis suma benda nak tendang)... Tengah mlm, perut makin memulas. Dalam hati berkata mungkin sebab banyak makan buah agaknya, sy pun terus melayan buah. Pukul 2 pagi, sakitnya selang 15 minit, ya ampun, tdo pun tak lena, dan tringat lak tarikhnya tu tarikh bersalin. Sy bangun mengejutkan aunty yang kebetulan bermalam di rumah sy, memandangkan dia amat penat, sy perlahan2 bangun kuar dr bilik kejutkan papa yang terbaring di ruang tamu, papa bangun, kejutkan mama ye!!! Dia sambung tdo lepas tu, haish biar betul papa sy nie... Memang kesakitannya kali ini memang membuat nyawa hampir tputus, sy mengejutkan mama. Mama leh lengahkan masa, dia mandi dan sebagainya. Sy tggu suma bersiap dalam kul 5 pagi. Sy tanya mama, kenapa lambat sangat??? Mama jawab balik, sebenarnya mama takut kamu tu je, terutamanya dengan doktor. Aik, dah umo 40 (ketika itu) pun masih takut??? Masuk dalam kereta, kami semua bergerak ke hospital umum sarawak.
Pelik kalo sesapa yang membaca, kenapa takde kisah suami dalam cita nie, ye suami sy ketika ini meninggalkan sy kerna perempuan lain. Bukan nak mengaibkan dia, tp tue yang berlaku dalam hidup sy, sepanjang sy mengandung memang suami takde di sisi, sy amat bersyukur kerna ada adik2 yang menyayangi sy, apa keinginan sy ketika itu, mereka berusaha dapatkn untuk sy. Terima kasih adikku terutamanya yang bernama GARRYNICCA, awak dah banyak membantu sy sampai la anak dah besar. Suami muncul ketika sy selesai bersalin, oh lupa nak bagitau, anak sy lahir dalam keadaan normal dan dia amat besar, tp katil sebelah sy lagi besar, 5kg... Diberi nama HANNEBELLE AGIE sempena nama yang sy dapat dalam mimpi. Oh dia sungguh comel dengan rambut terpacak... Macam tak sangka, umo yang masih stahun jagung, sy bergelar sorang ibu kepada HANNEBELLE AGIE... Mama dengan papa excited sampai dr pintu dpn boleh dengar mereka berteriak gembira??? Suami muncul pun sebab mama suh sy anta msg kat dia, kalo sy tak anta msg ketika itu, ntah dia tau ke tak??? Benda nie dah lepas 5 tahun yang lepas...
Hannebelle Agie dah besar menjadi budak yang montel di sisi mama dan papa, almaklumlah cucu pertama dalam family, kalah kasih sayang sy nie gara2 mereka. Ya, sy amat bersyukur ada dia kerna sampai ari nie walaupun berjauhan, dia tak nah lupa sy sbagai ibu dia. Pejam celik pejam celik, Hannebelle Agie dah nak masuk 6 tahun, dah masuk sekolah tadika, dah dapat ramai kawan. Begitu riang dia bercakap dalam telefon menceritakan segala aktiviti dia. Sesungguhnya kini aku amat mengerti kehadiran seorang ibu amat penting, aku amat bersyukur dapat keluarga yang amat menyayangi anakku. Terima kasih EX HUBBY kerna melepaskan ku, sesungguh kenangan yang singkat bersama awak ttp dikenang walaupun banyak yang pahit dr manis. Sesungguhnya tue mengajar sy menjadi lebih tabah sampai hari ni... :)
Hannebelle Agie, mama coret nota nie khas utk kamu, sesungguh kamu la permata yang tak ternilai harganya dan mama tau tiada sapa yang mampu menggantikan tempat kamu di dalam hati mama... :) Love u so much my princess...
Saturday, July 3, 2010
First Journey

Perkenalanku dengan dia menjangkau setahun dan ku tidak sangka perkenalan ini terlalu pantas. Banyak kenangan manis dan pahit dalam hubungan ini. Sesungguhnya banyak mengajar erti kesabaran dalam diriku. Mungkin ini mematangkan keadaan ku. Bila mengimbau kembali kenangan kami berkenalan dan bercinta, ku tersenyum sendiri.
Ku mengenalinya di sebuah club, ketika itu ku datang dengan kekawanku dan kami satu table dengan kekawan dia. Ketika itu, dia memakai baju berbelang hitam merah, masih ku ingat walaupun ia berlaku pada tahun lepas. Pada masa tu, ku melayan kepalaku sendiri kerna yang lain menyapa kekawan masing2. Begitula ku kalau di club, lebih suka melayan kepala sendiri sambil layan music.
Dia menyapaku sambil menuang air kepadaku, aku menolak dengan baik kerna ku memang jarang minum (ikut mood) dan tak berapa suka melayan orang yang tak dikenali. Dari segi pandangan ku, dia memang tak nak mengalah. Tetap jugak dia ajak ku berborak. Di situ dia memperkenalkan diri dia joe dan seperti biasa ku memperkenalkan diriku bell. Ayat perkenalan dia yang tak nah ku lupa sampai skrg, " muka u cam familiar, cam muka kawan i, entah2 u nie kawan i kot..." Ku nak tergelak pun ada sebab dah biasa sangat dengar lelaki cakap cam tue kat perempuan yang nak dikenal. Ku tak ambik pusing dengan ayat2 dia dan ku mula menari sebab memang ku suka menari.
Dalam pukul 2 lebih, dia datang ke arah ku menyatakan dia nak pegi club lain, ku angguk sahaja. Dalam masa yang sama, dia minta no hp ku. Ku berfikir banyak kali sebelum memberi no kepadanya. Akhirnya kami pun bertukar no dan dia pun pegi sambung ke club lain. Tak sampai 20 minit, hp ku berbunyi, rupanya dia yang hantar msg kepadaku. Bermulalah sesi bersms.
Dalam pukul 3 lbh, kami keluar dr club tu dan minum pagi kat NZ. Ku sambung bersms dengan joe, kwnku si liz bertanya kerna melihatku khusyuk bersms. Ku memberitahu ku bersms dengan lelaki yang baru ku kenali kat club. Dia ingat coz dia bagitahu joe pandang muka dia.(Entahlah kalo betul ke tak)
Joe menelefonku, lama jugak kami berborak. Ku sampai tak sedar jam dah menunjuk pukul 6 pagi. Bermula la episod sms sampai hari ketiga, dia dtg ambilku dr rumah, sesi perkenalan bermula pada itu dan banyak sudah ku tau tentang kehidupan dia. Banyak persamaan kami bersama. Pada mulanya ku tidak dapat menerima caranya, kerna ku memang sosial dan aktivitiku melepak dan pegi enjoy dengan kawan ku. Sikit demi sikit dia membentukku.
Liz kwnku selalu menyatakan yang joe suka kat dia, aku diam je sampai la suatu hari tu ku bertanya padanya, "syg, betul ke u suka kat liz waktu u kenal dengan i kat club tu"... Dia terpinga2 kejap sebab dia memang jenis yang susah nak ingat nama perempuan, lebih2 lagi kalo jupa sekali. Then ku cuba ingatkan dia lagi yang ku dtg dengan 2 kwn perempuan ku, liz dan tasha. Br la dia ingat, "Tak, kenapa?" Ku pun bagitahu segalanya kepada dia, dia gelak sambil menjawab, "syg, kan tu club. Sesapa pun tgk kalau ada awek dtg, tp time tu mmg i nk kenal dengan u je dan takde niat nak berkenalan dengan yang lain".. Ku diam je sebab ku tak suka menjawab.
Kini, kehidupanku dilengkapi dengan joe dan yang paling penting bagiku, dia banyak membimbingku. Liz? Liz dah tak jadi kawanku lagi kerna banyak cerita yang ku dengar dr yang lain, dia mengutuk ku dan sebagainya. Walaupun singkat perkenalan ku dengan dia, ku berterima kasih kerna dr situ ku tau sapa dirinya yang sebenarnya. :)
Setahun dh berlalu, alhmdllh ku dh menjadi tunangan dia dan pada masa yang sama, ku memeluk islam setelah hampir lapan tahun ku cuba mendalami agama ini, sesungguhnya kini ku tenang dengan agama yang ku peluk dan mempunyai tunang yang sentiasa memberi sokongan padaku. Banyak kenangan manis yang ku lalui bersamanya, susah senang kami tempuhi bersama. Terima kasih Allah kerna sentiasa mendengar doaku. Terima kasih kerna sempurnakan kehidupanku. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa. Terima kasih sayang kerna menyayangi diriku, menerimaku seadanya. Semoga hubungan yang terjalin ini berkekalan. Amin.