
Perkenalanku dengan dia menjangkau setahun dan ku tidak sangka perkenalan ini terlalu pantas. Banyak kenangan manis dan pahit dalam hubungan ini. Sesungguhnya banyak mengajar erti kesabaran dalam diriku. Mungkin ini mematangkan keadaan ku. Bila mengimbau kembali kenangan kami berkenalan dan bercinta, ku tersenyum sendiri.
Ku mengenalinya di sebuah club, ketika itu ku datang dengan kekawanku dan kami satu table dengan kekawan dia. Ketika itu, dia memakai baju berbelang hitam merah, masih ku ingat walaupun ia berlaku pada tahun lepas. Pada masa tu, ku melayan kepalaku sendiri kerna yang lain menyapa kekawan masing2. Begitula ku kalau di club, lebih suka melayan kepala sendiri sambil layan music.
Dia menyapaku sambil menuang air kepadaku, aku menolak dengan baik kerna ku memang jarang minum (ikut mood) dan tak berapa suka melayan orang yang tak dikenali. Dari segi pandangan ku, dia memang tak nak mengalah. Tetap jugak dia ajak ku berborak. Di situ dia memperkenalkan diri dia joe dan seperti biasa ku memperkenalkan diriku bell. Ayat perkenalan dia yang tak nah ku lupa sampai skrg, " muka u cam familiar, cam muka kawan i, entah2 u nie kawan i kot..." Ku nak tergelak pun ada sebab dah biasa sangat dengar lelaki cakap cam tue kat perempuan yang nak dikenal. Ku tak ambik pusing dengan ayat2 dia dan ku mula menari sebab memang ku suka menari.
Dalam pukul 2 lebih, dia datang ke arah ku menyatakan dia nak pegi club lain, ku angguk sahaja. Dalam masa yang sama, dia minta no hp ku. Ku berfikir banyak kali sebelum memberi no kepadanya. Akhirnya kami pun bertukar no dan dia pun pegi sambung ke club lain. Tak sampai 20 minit, hp ku berbunyi, rupanya dia yang hantar msg kepadaku. Bermulalah sesi bersms.
Dalam pukul 3 lbh, kami keluar dr club tu dan minum pagi kat NZ. Ku sambung bersms dengan joe, kwnku si liz bertanya kerna melihatku khusyuk bersms. Ku memberitahu ku bersms dengan lelaki yang baru ku kenali kat club. Dia ingat coz dia bagitahu joe pandang muka dia.(Entahlah kalo betul ke tak)
Joe menelefonku, lama jugak kami berborak. Ku sampai tak sedar jam dah menunjuk pukul 6 pagi. Bermula la episod sms sampai hari ketiga, dia dtg ambilku dr rumah, sesi perkenalan bermula pada itu dan banyak sudah ku tau tentang kehidupan dia. Banyak persamaan kami bersama. Pada mulanya ku tidak dapat menerima caranya, kerna ku memang sosial dan aktivitiku melepak dan pegi enjoy dengan kawan ku. Sikit demi sikit dia membentukku.
Liz kwnku selalu menyatakan yang joe suka kat dia, aku diam je sampai la suatu hari tu ku bertanya padanya, "syg, betul ke u suka kat liz waktu u kenal dengan i kat club tu"... Dia terpinga2 kejap sebab dia memang jenis yang susah nak ingat nama perempuan, lebih2 lagi kalo jupa sekali. Then ku cuba ingatkan dia lagi yang ku dtg dengan 2 kwn perempuan ku, liz dan tasha. Br la dia ingat, "Tak, kenapa?" Ku pun bagitahu segalanya kepada dia, dia gelak sambil menjawab, "syg, kan tu club. Sesapa pun tgk kalau ada awek dtg, tp time tu mmg i nk kenal dengan u je dan takde niat nak berkenalan dengan yang lain".. Ku diam je sebab ku tak suka menjawab.
Kini, kehidupanku dilengkapi dengan joe dan yang paling penting bagiku, dia banyak membimbingku. Liz? Liz dah tak jadi kawanku lagi kerna banyak cerita yang ku dengar dr yang lain, dia mengutuk ku dan sebagainya. Walaupun singkat perkenalan ku dengan dia, ku berterima kasih kerna dr situ ku tau sapa dirinya yang sebenarnya. :)
Setahun dh berlalu, alhmdllh ku dh menjadi tunangan dia dan pada masa yang sama, ku memeluk islam setelah hampir lapan tahun ku cuba mendalami agama ini, sesungguhnya kini ku tenang dengan agama yang ku peluk dan mempunyai tunang yang sentiasa memberi sokongan padaku. Banyak kenangan manis yang ku lalui bersamanya, susah senang kami tempuhi bersama. Terima kasih Allah kerna sentiasa mendengar doaku. Terima kasih kerna sempurnakan kehidupanku. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa. Terima kasih sayang kerna menyayangi diriku, menerimaku seadanya. Semoga hubungan yang terjalin ini berkekalan. Amin.
No comments:
Post a Comment