
Mengandung dia memberi seribu pengertian dan kenapa mama selalu bising bila sy suka melawan kata2 mama... Rupanya ada hikmah disebaliknya. Yeah memang ada. Orang ckp mengandung boleh menghilangkan bentuk badan, muka jadi gemuk, segala fizikal menjadi berubah. Syukur, dia memberiku seribu pengertian erti kesabaran untuk melalui dugaan dr Tuhan. Kandungan makin hari makin membesar, dia mula bergerak dan suka bersembunyi bila sy menyentuh dia. Betapa indah nya ketika itu dapat merasai anugerah Tuhan. Mungkin begini la mama mengandungkan sy dan adik2 sy. Dapat sy bayangkan muka mama ketika mengandungkan kami, mesti dia happy dapat melahirkan zuriat papa... Yeah, mama pernah bercakap dia tak pernah menyesali kahwin muda kerna ada kami yang nakal nie terutamanya sy yang memang jenis melawan dan degil.
9 bln membawa perut yang besar, badan naik dr berat 45kg menjadi 75kg... Oh mendadak naik sampai 30kg, 3 bln mengandung perut dah macam 5 bln, berat nya Tuhan je tau ketika tu!!! Lagi bersyukur kerna dia langsung tak memberi kerenah... Oh terima kasih anakku kerna mengerti keperitan mama mbawa kamu ketika itu. Bila sy menyanyi, dia menggerakkan diri dia dalam perut sy. Sungguh ajaib kan anugerah Tuhan. Bila sy susah hati, dia senyap je, mungkin dia amat mengerti mama dia tgh bersedih.
Dkt 9 bln, mama sy bawak sy pergi jupa bidan, bidan tue nenek sy. Hurm rasanya dia memang tak tahu sy mengandung ketika itu sbb sy agak susah nak kuar dr rumah, ketika tue Tuhan je tau kesakitan yang sy alami bila nenek tekan perut sy, ish rasa macam nak bersalin time tue juga padahal tarikh bersalin masih ada seminggu lagi. Oh nenekku, betapa sakitnya namun nenek bagitahu, untuk menyenangkan kamu bersalin nanti. Sy diam walaupun air mata dah mengalir. Malam, sy bermimpi pelik, muncul sorang lelaki tua sambil memanggil nama Hannebelle. Tbangun, tpikir, mana datangnya orang tua tersebut. Sampai ari nie, sy masih tertanya kemunculan orang tua tsebut dalam mimpiku.
Tiba tarikh nak bersalin, tanda memang dah ada, tp sy tak amik pusing sebab ingat sakit biasa. Ketika itu sibuk makan buah yang papa beli sambil layan bola (hah skrg anakku macam jantan, abis suma benda nak tendang)... Tengah mlm, perut makin memulas. Dalam hati berkata mungkin sebab banyak makan buah agaknya, sy pun terus melayan buah. Pukul 2 pagi, sakitnya selang 15 minit, ya ampun, tdo pun tak lena, dan tringat lak tarikhnya tu tarikh bersalin. Sy bangun mengejutkan aunty yang kebetulan bermalam di rumah sy, memandangkan dia amat penat, sy perlahan2 bangun kuar dr bilik kejutkan papa yang terbaring di ruang tamu, papa bangun, kejutkan mama ye!!! Dia sambung tdo lepas tu, haish biar betul papa sy nie... Memang kesakitannya kali ini memang membuat nyawa hampir tputus, sy mengejutkan mama. Mama leh lengahkan masa, dia mandi dan sebagainya. Sy tggu suma bersiap dalam kul 5 pagi. Sy tanya mama, kenapa lambat sangat??? Mama jawab balik, sebenarnya mama takut kamu tu je, terutamanya dengan doktor. Aik, dah umo 40 (ketika itu) pun masih takut??? Masuk dalam kereta, kami semua bergerak ke hospital umum sarawak.
Pelik kalo sesapa yang membaca, kenapa takde kisah suami dalam cita nie, ye suami sy ketika ini meninggalkan sy kerna perempuan lain. Bukan nak mengaibkan dia, tp tue yang berlaku dalam hidup sy, sepanjang sy mengandung memang suami takde di sisi, sy amat bersyukur kerna ada adik2 yang menyayangi sy, apa keinginan sy ketika itu, mereka berusaha dapatkn untuk sy. Terima kasih adikku terutamanya yang bernama GARRYNICCA, awak dah banyak membantu sy sampai la anak dah besar. Suami muncul ketika sy selesai bersalin, oh lupa nak bagitau, anak sy lahir dalam keadaan normal dan dia amat besar, tp katil sebelah sy lagi besar, 5kg... Diberi nama HANNEBELLE AGIE sempena nama yang sy dapat dalam mimpi. Oh dia sungguh comel dengan rambut terpacak... Macam tak sangka, umo yang masih stahun jagung, sy bergelar sorang ibu kepada HANNEBELLE AGIE... Mama dengan papa excited sampai dr pintu dpn boleh dengar mereka berteriak gembira??? Suami muncul pun sebab mama suh sy anta msg kat dia, kalo sy tak anta msg ketika itu, ntah dia tau ke tak??? Benda nie dah lepas 5 tahun yang lepas...
Hannebelle Agie dah besar menjadi budak yang montel di sisi mama dan papa, almaklumlah cucu pertama dalam family, kalah kasih sayang sy nie gara2 mereka. Ya, sy amat bersyukur ada dia kerna sampai ari nie walaupun berjauhan, dia tak nah lupa sy sbagai ibu dia. Pejam celik pejam celik, Hannebelle Agie dah nak masuk 6 tahun, dah masuk sekolah tadika, dah dapat ramai kawan. Begitu riang dia bercakap dalam telefon menceritakan segala aktiviti dia. Sesungguhnya kini aku amat mengerti kehadiran seorang ibu amat penting, aku amat bersyukur dapat keluarga yang amat menyayangi anakku. Terima kasih EX HUBBY kerna melepaskan ku, sesungguh kenangan yang singkat bersama awak ttp dikenang walaupun banyak yang pahit dr manis. Sesungguhnya tue mengajar sy menjadi lebih tabah sampai hari ni... :)
Hannebelle Agie, mama coret nota nie khas utk kamu, sesungguh kamu la permata yang tak ternilai harganya dan mama tau tiada sapa yang mampu menggantikan tempat kamu di dalam hati mama... :) Love u so much my princess...